Hi guys ! long time not see.. eh? pernah jumpa ke? haha_ dah lama blog ini terbengkalai, akhirnya jari jemariku yang panjang2 ini mahu jua bekerja keras di papan kekunci untuk mengupdate entry disini.. WOO ! terkejutzzzz nyer ! :D tak tahu lah kenapa rajin pulak nak mengisi masa yang tidak berapa lapang ini untuk menulis sebuah nukilan *cewaah ayat* bak seorang penulis sejati.. hahahahaha
ok2, straight to the point je la kenapa tetiba jer rajin nak menulis kat sini.. Entah la., tetiba je terfikir sejenak, so rasa nak menulis..Kita selalu dengar kan ayat ni " Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menetukan" kan..kan..kan?? *sila angguk kalau pernah dengar* good girl.. kiss sikit.. muahahahaha :D =_="
Dah2, balek semula ke pangkal jalan! Sebagai manusia kita banyak merancang dan berangan-angan kan? Kita cuba bayangkan benda2 terindah berlaku didalam hidup kita. Yeaah, same goes to me.. terlalu banyak perancangan yang cuba dirancang untuk membuat hidup ini menarik., terlalu banyak angan-angan yang diangan kan *sebab tu muka ni selalu naik jerawat, asyik berangan jer Cik Borealis ni* teehee :p
Tetapi banyak perancangan yang terkadang tidak berlaku seperti yang diharapkan, kecewa? mungkin.. tapi percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba2nya., Dia tidak memakbulkan apa yang kita hajati kerana Dia mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita. Dan kekecewaan itu tidak harus terjadi jika kita meletakkan hidup kita hanya pada Allah. Kerana siapa kita untuk mempersoalkan segala yang berlaku.
Mungkin siapa yang baca entry akan berkata " soal cinta la ni" haha_ bukan soal itu je, banyak lagi perancangan yang dirancang oleh Cik Borealis. Bab2 cinta tu tolak tepi je la.. malas nak fikir, buat sakit kepala, so ada jodoh ada la., kalau tak ada jodoh, Cik Borealis ni masih mampu untuk enjoy dengan hidup ini, huhu_
Cik Borealis ni suka travel, meneroka tempat baru, sebab tu sekarang berada di Penang.. Yela, dah 22 tahun tak pernah keluar dari Johor tu, sekali keluar, amek kaw! utara terus.. But I enjoy je.. hehe_ tapi bab2 travel ni, yela, nak jugak travel oversea.. Since dah pernah pergi New Zealand dulu, so rasa seronok bila dapat tengok tempat orang, melihat keindahan ciptaan Allah, dan belajar sesuatu yang baru..masa tu dah rancang dah nak travel pegi Australia dengan akak Cik Borealis.. Tapi sedih tak jadi ! Dia tu final year medik, paham2 je la bizi macam mana, then bila Cik Borealis dah kerja, kita pulak tak ada masa.. Dan sekarang dua-dua bizi *tapi lagi bizi Si Doktor tu la kat Sarawak sana* >.< Betol la orang cakap, masa belajar, ada masa, ada tenaga tapi tak ada wang, bila dah kerja, ada tenaga, ada wang tapi tak ada masa, dan bila dah tua, ada wang, ada masa tetapi tak ada tenaga. Kitaran hidup.. so excited rancang nak ke sana nak ke sini., jalan dalam Malaysia je la mampu., ni pon since akak Cik Borealis tu kena berkhidmat di Hospital Sarawak, dah rancang dah nak pegi Sarawak., nak panjat Gunung Santubong lagi.. eh! :D tapi sampai harini tak pergi2 jugak.. *tetiba teringat masa pegi Sarawak under program hiking dulu* aih, dengan kerja kat Ofis tu dah macam apa *tekanan* nak jugak release tension, tapi cuti tak banyak, yela kampung jauh, so bila balek JB kena la amek cuti sehari dua boleh spent time lama sikit dengan parents kan.. Cik Borealis pernah jugak terfikir nak buat travel solo, susah sangat nak cari partner ajak pegi travel, tak ada duit la, tak ada masa la,..bla..bla..bla..so baik pegi sorang kan., tapi paham2 la,. parents mana tak risau kalau anak gadis dia merayap jauh2 kat tempat asing kan..hmm..
Inilah yang dinamakan Allah mempunyai perancangan yang lebih baik, yela, mungkin Allah nak Cik Borealis ni simpan duit untuk kawin kot.. eh?! hahaha
Walaupun begitu, Cik Borealis tak pernah berputus asa untuk merancang mengelilingi dunia.. muahahahaha World traveller wanna be kata kan.. hahahaha.. Doa2 kan la yer ! :)
No comments:
Post a Comment